fbpx
PEJASMA menggesa kerajaan agar melindungi lantikan baharu penjawat awam kontrak di bawah Perkeso dan KWSP. – GAMBAR HIASAN

Lantikan kontrak: Kerajaan digesa teliti faedah sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kerajaan disarankan meneliti faedah yang bersesuaian untuk penjawat awam yang akan dilantik secara kontrak bermula Februari ini.

Presiden Persatuan Bekas Penjawat Awam dan Swasta Malaysia (Pejasma), Datuk Azih Muda berkata, kerajaan perlu memastikan lantikan baharu mestilah dilindungi di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan menerima faedah lain sama seperti kakitangan swasta.

“Semua pekerja termasuk pekerja kontrak hendaklah di­lindungi di bawah Perkeso di mana mengikut Akta 4 yang dicarum mengikut jumlah gaji pekerja dan gaji di bawah Skim Insurans Pekerjaan (SIP).

“Jadi, kakitangan kerajaan harus dilindungi dua perkara itu dan kalau kerajaan memikirkan beban perbelanjaan mereka meningkat, tahun ini perlu bayar pencen sehingga RM1.3 bilion contohnya dan tiada penyele­saian lain, maka itulah caranya,” kata­nya kepada Kosmo! semalam.

Jelasnya, skim pencen masih lagi merupakan satu jaminan membuktikan bahawa penjawat awam menyumbang secara komprehensif kepada kerajaan, berbeza dengan sektor swasta yang berorientasikan keuntungan.

“Di sektor kerajaan, tidak berorientasikan keuntungan. Di swasta berorientasikan keuntungan mengikut kapasiti dan mereka boleh meningkatkan gaji sehingga tiada siling, bergantung kepada output dan prestasi seseorang pegawai.

“Tetapi di sektor awam tidak boleh buat begitu, dia mesti ada satu tanggungjawab sosial yang royalti kepada kerajaan kerana dia kakitangan yang berkhidmat untuk kerajaan, untuk rakyat.

Sebab itu pencen itu ada kerana liabiliti-liabiliti ini,” ujarnya.

Katanya, jika kerajaan mahu memisahkan perkara itu hanya untuk melihat kos, kerajaan perlu melihat dari semua sudut seperti caruman Perkeso, KWSP dan memastikan pekerja-pekerja yang dilantik di bawah Objek Sebagai (OS) ini mendapat perlindu­ngan yang maksimum dari segi perubatan, kaedah-kaedah persaraan dan sebagainya.

“Kerajaan perlu pertimbangkan satu pakej, datang dengan satu ‘outcome’ seperti pelantikan itu akan mengikut cara swasta, ada caruman dan faedah yang bersesuaian,” tambahnya.

Kelmarin, media melaporkan, kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan.

Ketika ini, inisiatif kaedah baharu itu dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan, juga dilihat mampu mengurangkan tanggungan fiskal negara dalam jangka masa panjang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN