fbpx

Hujan lebat hampir di seluruh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa buah negeri sehingga pukul 7 malam ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Selain itu, keadaan sama turut diramal melanda beberapa daerah di Kedah iaitu Yan, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

“Keadaan sama juga dijangka berlaku di Pahang melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Selain itu, cuaca buruk juga diramalkan berlaku di Sarawak melibatkan daerah Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei dan Sibu (Kanowit) sehingga 7 malam nanti,” katanya di sini hari ini.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter perjam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI