fbpx

Agong, Raja Permaisuri berkenan ke Majlis Menjunjung Kasih LBS sempena Tahun Baru Cina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah (tengah), Tunku Azizah (dua kanan) dan Tengku Hasanal (dua kiri) berkenan melakukan acara gaulan ‘Yee Sang’ bersama Hock San pada Majlis Menjunjung Kasih LBS sempena Tahun Baru Cina di Shangri-La, Kuala Lumpur, semalam.

PETALING JAYA – Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat ke Majlis Menjunjung Kasih di Shangri-La, Kuala Lumpur, semalam.

Majlis tersebut yang dianjurkan pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS) diadakan sempena Tahun Baru Cina yang bakal disambut, bulan depan.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda berdua diiringi Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah termasuk bekas TYT ke-6 Melaka, Tun Mohd. Khalil Yaakob serta Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul.

Turut hadir, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Alice Lau Kiong Yieng.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas khidmat bakti Agong dan Raja Permaisuri, serta memuji komitmen serta kebijaksanaan Baginda berdua di sepanjang tempoh pemerintahan.

Hock San turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh keluarga LBS, termasuk kakitangan, pemegang saham, rakan kongsi perniagaan dan rakan media, mengiktiraf komitmen berterusan dan peranan penting mereka dalam kejayaan organisasi.

“Sebagai pemaju hartanah pilihan rakyat, LBS kekal teguh dan komited dalam memberi sokongan memupuk perpaduan dan menyediakan penyelesaian perumahan berkualiti tinggi. Komitmen ini sejajar dengan tanggungjawab sosial korporat LBS, termasuk cita-cita syarikat untuk mencapai Pelepasan Karbon Sifar Bersih menjelang 2050.

“Kepada para pemimpin, rakan-rakan dan ahli keluarga yang hadir pada hari ini, saya menyampaikan hasrat ikhlas agar anda semua dilimpahi dengan kemewahan dan kejayaan sempena tahun naga ini.

“Dedikasi Seri Paduka Baginda kepada rakyat, di dalam mengukuhkan perpaduan dan pembangunan progresif di negara inj telah meninggalkan kesan yang luar biasa dan akan diingati oleh negara untuk tahun-tahun yang mendatang,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI