fbpx

[VIDEO] Bekas posmen didakwa bunuh Bella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD HAIKAL dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini bagi berdepan pertuduhan membunuh teman wanitanya, Bella hujung tahun lalu.

BATU PAHAT – Seorang bekas posmen dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu tunggal dua anak, Mira Sharmilah Samsusah, 32, atau dikenali sebagai Bella bulan lalu.

Tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24, yang juga teman lelaki Bella hanya mengangkuk faham sejurus pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Norasidah A. Rahman.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, Mohammad Haikal didakwa membunuh Mira Sharmilah pada pukul 11 malam, 14 Disember hingga 5.30 pagi, 15 Disember 2023.

Perbuatan itu dilakukan di Jalan Kelapa Bali, Taman Soga hingga Jalan Parit Besar, Kampung Parit Besar dan sebuah rumah terbiar di Lorong Imam Jailani, Jalan Besar, Tongkang Pechah di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dikenakan hukuman mati boleh dikenakan 12 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Khalijah Khalid, manakala tertuduh diwakili peguam Syahril Anuar.

Mohammad Haikal dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Batu Pahat selepas bacaan pertuduhan berkaitan kes bunuh hari ini.

Mahkamah menetapkan 19 Februari ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Ibu tunggal itu dilaporkan hilang pada 14 Disember lalu selepas ahli keluarga gagal menghubunginya sebelum membuat dua laporan polis pada 16 dan 18 Disember lalu.

Bella dikatakan keluar dengan memakai baju kelawar untuk ke dobi mencuci pakaian sambil ditemani teman lelakinya dengan menaiki kereta berwarna putih.

Namun, kakaknya, Norisham, 36, memaklumkan, adiknya itu hilang selepas beberapa hari tidak dapat dihubungi dan pelik apabila dompet yang mengandungi pengenalan diri, pakaian yang hendak dibasuh serta kunci rumah ada di kediaman Bella.

Lima suspek termasuk teman lelaki Bella bagi membantu siasatan kes culik selama tujuh hari bermula 25 Disember sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Selepas 38 hari misteri kehilangan Bella menjadi tanda tanya, pada pukul 2 petang, Jumaat lalu, Polis Johor berjaya mengesan rangka manusia ditemui tidak sempurna di dalam sebuah rumah terbiar di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, di sini.

Susulan itu, tiga suspek termasuk teman lelaki Bella ditahan reman sekali lagi bermula 21 Januari lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah mengesahkan keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) ke atas rangka yang ditemui milik Bella kerana sampel patalogi rangka tersebut sepadan dengan DNA kakak serta ibunya.-KOSMO! ONLINE

@kosmoonline SUSPEK utama kes hilang nyawa ibu tunggal anak dua Bella atau Mira Sharmila Samsusah tiba di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor hari ini untuk dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. #beritatiktok #mirasharmila #mira ♬ original sound – Kosmo!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI