fbpx

Prasekolah seluruh negara akan diselaras semula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jemaah Menteri hari ini memutuskan agar sistem pendidikan prasekolah di seluruh negara diselaraskan semula supaya kualiti pendidikan awal kanak-kanak itu lebih terjamin dan menyeluruh.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, Kementerian Pendidikan sudah diarahkan untuk melaksanakan penyelarasan semula sistem pendidikan itu.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan berkata, Jemaah Menteri mendapati wujud kualiti pendidikan prasekolah yang pelbagai di seluruh negara justeru, ia harus diselaraskan.

“Kita lihat ada pendidikan prasekolah yang agak pelbagai malah, ada kadangkala kami terima aduan daripada ibu bapa mengenai kualiti pendidikan berbeza.

“Justeru, tadi (mesyuarat Jemaah Menteri) memutuskan supaya sistem pendidikan itu diselaraskan semula. Ini adalah keputusan yang dibuat hari ini.

“Kita (kerajaan) ingin pastikan pendidikan prasekolah yang disediakan kepada rakyat terutama bagi golongan berpendapatan rendah adalah yang berkualiti dan kurikulumnya diselaraskan,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dijangka akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai keputusan itu dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI