fbpx

Hujan berterusan di Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk di beberapa kawasan di Terengganu, Kelantan dan Pahang sehingga esok.

MetMalaysia menerusi sebuah kenyataan berkata, di Kelantan, kawasan yang terlibat adalah di Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Di Terengganu, hujan lebat berterusan dijangka berlaku di seluruh negeri sehingga hari Khamis, 25 Januari.

“Sementara itu, hujan berterusan turut diramal berlaku di kawasan Kuantan, Pahang sehingga hari Rabu, 24 Januari,” katanya.

Dalam pada itu, MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di Kelantan dan Pahang.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di Gua Musang, Kelantan sehingga hari Khamis, 25 Januari 2024.

“Amaran sama turut dikeluarkan di Jerantut dan Pekan, Pahang sehingga hari Rabu, 24 Januari 2024,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi Jabatan, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi Jabatan.

Selain itu, boleh menghubungi talian hotline MET Malaysia 1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI