fbpx

Remaja hilang disyaki berada di Kajang ikut teman lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NISHA yang dilaporkan hilang selepas dihantar ke SMK Paloh, Kluang kelmarin.

KLUANG – Remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dihantar oleh ibunya ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paloh pagi kelmarin dipercayai kini berada di Kajang, Selangor.

Abangnya, J. Vijay, 26, berkata, mengikut maklumat daripada rakan-rakannya, adiknha, Nisha, 17, dipercayai mengikut teman lelakinya namun masih belum menerima berita lengkap samada betul atau tidak maklumat yang disampaikan kepada keluarganya.

Katanya, ibu dan ayahnya kini tertekan dengan apa yang dilakukan oleh anak bongsu daripada enam beradik itu sehingga menyebabkan mereka berdua murung dan sakit.

“Kepada adik Nisha, balik lah, jangan buat ibu dan ayah sakit, abang dan kakak semua sayangkan Nisha.

“Jika mahu kami jemput pun boleh, asalkan bagi tahu lokasi berada bagi memudahkan kami datang,”katanya Kosmo! hari ini.

Menurut Vijay lagi, kejadian ini kali pertama berlaku dan ahli keluarga tidak mengetahui adiknya itu mempunyai teman lelaki malah tidak mengenali siapa lelaki itu sekiranya benar seperti diperkatakan.

Ujarnya, keluarga amat mengharapkan adiknya itu balik segera bagi mengelak ibu dan ayah jatuh sakit kerana memikirkan keselamatan Nisha yang sehingga kini masih belum pasti dimana berada.

Sebelum itu, satu laporan telah dilakukan di Balai Polis Paloh dan kes disiasat mengikut Kertas Enkuiri Polis Orang Hilang (KEP OH). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI