fbpx

Remaja baling batu ke arah kereta di jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cermin kereta Natthaphong pecah selepas dibaling batu. - Kenan Reed/ unsplash.com

BANGKOK – Empat remaja lelaki berusia 14 tahun ditahan kerana membaling batu ke arah kenderaan yang dipandu di jalan sehingga menyebabkan kerosakan, lapor laman berita Thaiger.

Salah seorang mangsa, Natthaphong berkata, dia diserang ketika menaiki kereta bersama beberapa peninju dari wilayah Trang, Thailand menuju ke sebuah pertandingan.

Kereta dipandu Natthaphong dilempar batu ketika dia memandu di jalan pintasan Manohra menuju ke pusat bandar di wilayah Phatthalung.

Cermin hadapan kereta Toyota Vigo milik Natthapong pecah dalam kejadian itu ketika empat remaja berkenaan bersembunyi berhampiran pintu masuk sebuah taman perumahan.

Natthaphon segera melaporkan kejadian itu kepada polis sebelum mencari kumpulan remaja tersebut di taman perumahan itu dengan bantuan penduduk.

Selepas hampir sejam, dua daripada pelaku ditemui bersembunyi di salah sebuah rumah sewa, manakala seorang lagi ditemui di hutan berhampiran.

Apabila ditanya tujuan mereka bertindak sedemikian, remaja-remaja tersebut berkata, mereka tidak mempunyai aktiviti untuk dilakukan.

Polis kemudian berjaya menahan kesemua suspek dan melaporkan kejadian itu kepada ibu bapa mereka. 

Mereka kini menghadapi dakwaan merosakkan harta benda orang lain dengan sengaja. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI