fbpx

Penjawat awam hanya dilantik secara kontrak mulai 1 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan ke arah mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di Malaysia.

Dalam satu surat pekeliling bertarikh 15 Januari, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata, kaedah tersebut selaras dengan komitmen negara dalam menangani isu peningkatan tanggungan pencen.

Katanya, kaedah tersebut sekali gus dapat melandaikan tanggungan fiskal negara dalam tempoh jangka masa panjang.

“Kerajaan melalui Mesyuarat Jemaah Menteri pada 12 Julai 2023 telah memutuskan supaya suatu kaedah baharu bagi lantikan tetap pegawai awam diperkenalkan.

“Inisiatif kaedah lantikan baharu tersebut kini sedang dalam fasa pindaan kepada undang-undang berkaitan dan penambahbaikan terhadap kesediaan sistem yang terlibat.

“Susulan penetapan kaedah lantikan tetap baharu tersebut, Jemaah Menteri juga telah bersetuju supaya dalam tempoh peralihan (interim) sebelum penguatkuasaan kaedah tersebut, pengambilan pegawai awam ke perjawatan tetap akan dilaksanakan secara lantikan kontrak (COS) berkuat kuasa tahun ini,” katanya.

Tambah Wan Ahmad Dahlan, kaedah pelaksanaan lantikan kontrak ini adalah mengikut peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa iaitu MyPPSM Ceraian UP.1.1.1 Prosedur dan Dasar Pelantikan Secara Kontrak (Contract of Service).

“Dalam hal ini, lantikan kontrak yang dimaksudkan adalah lantikan kontrak Objek Sebagai (OS) 11000.

“Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) hendaklah mematuhi dan melaksanakan ketetapan ini berdasarkan peraturan, pekeliling perkhidmatan dan kaedah semasa yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Ujarnya lagi, pelaksanaan pengambilan pegawai baharu secara lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam ini berkuat kuasa mulai 1 Februari depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI