fbpx

[VIDEO] Kuala Terengganu, Hulu Terengganu dilanda banjir kilat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Taman Alamanda 3, Kuala Terengganu yang dilanda banjir kilat semalam.

KUALA TERENGGANU – Pusat bandar raya di sini dan beberapa kawasan di Hulu Terengganu dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat sejak awal pagi tadi.

Tiiga laluan utama di pusat bandar raya ini iaitu Jalan Kamarudin, Jalan Sultan Omar dan ⁠Jalan Gong Kapas di sini turut dinaiki air menyebabkan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Terengganu, Jelani Sulong berkata, beberapa sekolah di daerah ini dan Hulu Terengganu turut dinaiki air dan terpaksa ditutup sementara.

Beliau berkata, ia melibatkan lima sekolah di daerah ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Budiman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Besar, SMKA Sheikh Abdul Malek dan SK Gelugor dan SK Kedai Buloh.

“Di Hulu Terengganu pula, satu sekolah ditutup ialah SK Lubuk Periuk. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI