fbpx

Kerajaan Kelantan jumpa peniaga bincang isu harga makanan mahal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamaruddin (kanan) mempromosikan penganjuran TMK 2024 di sebuah kafe sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media Kelantan di Kota Bharu malam tadi. Foto oleh MUSTAQIM MOHAMED/ KOSMO!

KOTA BHARU – Kerajaan negeri Kelantan bakal mengadakan pertemuan dengan peniaga-peniaga makanan bagi membincangkan isu harga mahal yang didakwa berlaku di beberapa lokasi di sekitar negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Kelantan, Datuk Kamaruddin Md. Nor berkata, pertemuan tersebut turut membabitkan premis-premis makanan tular yang beroperasi di negeri ini.

Menurutnya, perbincangan mengenai isu tersebut penting kerana ia akan memberi kesan secara langsung kepada kempen Tahun Melawat Kelantan 2024 (TMK 2024).

“Kerajaan negeri serius menangani isu peniaga yang mengambil kesempatan dengan menaikkan harga sesuka hati sehingga membebankan pelancong domestik atau antarabangsa yang mengunjungi Kelantan yang terkenal sebagai lokasi syurga makanan.

“Kita sering mendapat maklum balas mengenai (harga mahal) daripada pelancong. Pertemuan dengan peniaga makanan akan diatur minggu depan,” katanya pada sidang akhbar sempena Majlis Ramah Mesra Bersama Pengamal Media Kelantan, di sini malam tadi.

Dalam pad itu, beliau berkata, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM22.9 juta bagi menjayakan TMK 2024 dengan penganjuran 254 program telah disusun oleh Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan.

“Kesemua program berkenaan akan dianjurkan oleh kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan persatuan-persatuan merangkumi program pembangunan pelancongan, kebudayaan, agropelancongan dan ekopelancongan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI