fbpx

SPRM siasat Mirzan untuk bongkar salah saya – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Mahathir pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA/KOSMO!

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat anaknya, Mirzan Mahathir adalah untuk membongkar segala kesalahan yang dilakukannya selama ini.

Menurutnya, beliau dimaklumkan, Mirzan diminta SPRM untuk mendedahkan segala kesalahan yang beliau pernah lalukan ketika dalam tampuk pemerintahan.

“Daripada mendakwa saya, dia (SPRM) suruh anak saya untuk beri (dedahkan) bukti supaya ayahnya (saya) boleh didakwa.

“So, (jadi) baik la, anak saya kena ‘charge’ (tuduh dan dedahkan kesalahan) sayalah,” katanya pada sidang akhbar khas di sini hari ini.

Katanya, adalah tidak masuk akal bagi SPRM yang meminta anaknya mengumpulkan segala bukti dan transaksi sejak dari 1981 hingga sekarang dalam tempoh 30 hari.

Dr. Mahathir berkata, beliau mahu SPRM memanggilnya untuk memberi keterangan dan menuduhnya di mahkamah bukannya dengan mencari anaknya. – KOSMO! ONLINE

“Bagitau (tuduh) saya supaya saya boleh defend (pertahankan diri). Tapi sekarang ini tiada apa-apa berlaku. Tiba-tiba cari anak saya, suruh anak saya buat kenyataan supaya saya ternampak salah,” katanya.

Katanya, beliau mahu Kerajaan Perpaduan ketika ini mendakwanya di mahkamah atas tuduhan memiliki aset berbilion.

Dalam perkembangan sama, Dr Mahathir berkata, beliau menyangkal kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa siasatan berhubung rasuah dan salah guna terhadap tokoh yang bergelar Tun adalah sukar.

Mengambil dirinya sebagai contoh, beliau mengakui dia adalah individu yang mudah untuk disiasat memandangkan tidak lagi mempunyai kuasa.

“Golongan yang paling sukar untuk disiasat di negara ini adalah mereka yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, malah Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya mudah disiasat, kerana Kerajaan mempunyai kuasa, Saya tak ada kuasa, yang susah nak siasat ialah Perdana Menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, siasatan ke atas tokoh bergelar Tun agak ‘pelik’ kerana ia bukan sesutau yang mudah, berbanding siasatan ke atas individu seperti ketua kampung atau guru sekolah.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI