fbpx

Rapid Bus sediakan bas percuma ke kuil sempena Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Rapid Bus Sdn Bhd. (Rapid Bus) menyediakan perkhidmatan bas perantara percuma ke Kuil Sri Subramaniar Swamy, Batu Caves sempena sambutan perayaan Thaipusam pada 25 Januari ini.

Rapid Bus dalam satu kenyataan akhbar berkata, turut disediakan perkhidmatan bas perantara percuma ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Jalan Kebun Bunga di Pulau Pinang.

“Rapid Bus akan berkerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam memastikan kelancaran perkhidmatan bas perantara percuma di Kuala Lumpur.

“Selain daripada perkhidmatan bas perantara percuma tersebut, terdapat tiga perkhidmatan bas di Kuala Lumpur dan lima di Pulau Pinang yang akan melalui kawasan-kawasan acara sambutan Thaipusam.

“Kadar tambang yang dikenakan adalah tertakluk kepada lokasi naik/turun,” kata kenyataan itu semalam.

Menurut Rapid Bus, waktu operasi perkhidmatan bas perantara percuma berkenaan bermula pukul 5 pagi pada 24 Januari ini hingga pukul 12 tengah malam pada 26 Januari 2024.

Jelas Rapid Bus, laluan terlibat di Kuala Lumpur adalah bagi BC02 Hab Bandar Pasar Seni (Platform A8) – Batu Caves, BC03 Stesen LRT Gombak – Batu Caves dan BC04 Stesen MRT Kg Batu – Batu Caves.

Kata Rapid Bus, laluan terlibat di Pulau Pinang adalah Jetty – Adventis (melalui Kuil Arulmigu Balathandayuthapani, Jalan Kebun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI