fbpx

Bayang hitam didakwa penanggal di pintu rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SATU bayang hitam (dalam bulatan) sedang bergerak-gerak di pintu sebauh rumah di Bogor baru-baru ini. - Foto TribunnewsBogor.com

JAKARTA  – Satu rakaman video seram menunjukkan penampakan bayang hitam pada pintu sebuah rumah di Cileungsi, daerah Bogor dalam wilayah  Jawa Barat, lapor portal berita detik News kelmarin.

Rakaman  menunjukkan bayang hitam bergerak-gerak pada pintu kaca rumah itu, lapor portal berita Liputan 6.

Pemilik rumah dikenali sebagai Acep, 36, berkata, dia membuat rakaman kerana mahu mengetahui apakah sebenarnya imej berkenaan.

“Rakaman itu dilakukan bersama isteri saya. Nyata kelihatan bayang hitam,” katanya kepada pemberita.  

Dia juga bertanya sama ada isterinya ternampak bayang hitam dan wanita itu mengaku melihat objek tersebut.

Bagaimanapun, dia menafikan melihat hantu penanggal di rumahnya seperti disebarkan netizen di media sosial.

Acep berkata, mungkin isterinya berkongsi rakaman video tersebut kepada rakan dan saudara-mara  yang kemudian disebar di media sosial sehingga ada tersilap menyatakan bahawa rumahnya mempunyai bayi sedangkan dia tidak memiliki anak kecil. – AGENSI 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI