fbpx

Banjir termenung halang penduduk balik rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEGINILAH keadaan padang ragut yang menjadi tasik akibat banjir termenung yang masih belum surut di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat semalam.

SEGAMAT – Penduduk Kampung Seberang Batu Badak di sini, buntu apabila tidak dapat me­lakukan urusan harian ­dengan lancar apabila banjir termenung yang melanda sejak dua minggu lalu masih belum menunjukkan tanda akan surut.

Lebih meresahkan apabila padang ragut yang menjadi tempat haiwan mencari makanan ber­tukar menjadi tasik selepas dinaiki air ketika banjir pada 8 Januari lalu.

Basir Miskam, 36, berkata, kawasan itu kerap dinaiki air banjir termenung dan turut menjejaskan kawasan kediaman penduduk.

“Kawasan itu adalah sekitar kawasan padang ragut di belakang rumah saya. Sepanjang musim hujan, kawasan padang itu sering dinaiki air dan tidak surut-surut.

“Air juga melimpah ke kawasan rumah penduduk sejak bertahun-tahun. Kami tinggal dua minggu di pusat pemindahan sementara (PPS) Balai Raya Kampung Seberang Batu Badak,” katanya.

Basir yang merupakan penternak kambing berkata, paras air yang melimpah di kawasan padang ragut itu mencecah hampir 1.5 meter.

Sementara itu, Habibah Yahya, 28, berkata, penduduk di kampung berkenaan tidak sabar untuk pulang ke rumah bagi menjalani kehidupan seperti biasa.

“Kawasan ini sudah jadi tasik apabila air dari Sungai Segamat dan paya berdekatan melimpah.

“Sebelum ini, waktu air naik masa hujan lebat banjir gelombang besar pertama tahun lalu sudah agak surut, namun memakan masa hingga 25 hari. Ini gelombang kedua pula,” katanya.

Ketika ini, hanya tinggal 65 mangsa banjir di daerah ini masih ditempatkan di dua PPS susulan banjir yang semakin surut.

Dua PPS masih beroperasi adalah di Balai Raya Kampung Batu Badak Dan Dewan Komuniti Kampung Tasek Alai.

PPS di Balai Raya Kampung Batu Badak menempatkan 43 mangsa, manakala di Dewan Komuniti Kampung Tasek Alai pula dihuni tujuh keluarga membabitkan 22 orang mangsa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI