fbpx

Atikah Suhaime kini Datin, isteri Datuk Lokman Teh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PELAKON Atikah Suhaime kini bergelar isteri kepada Datuk Lokman Teh.

PETALING JAYA – Dengan sekali lafaz, pelakon kelahiran Singapura Atikah Suhaime kini bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Lokman Teh.

Dalam majlis sekitar pukul 8.45 sebentar tadi, Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd. Suhaime, 33, dinikahkan bapanya, Mohd. Suhaime.

Dalam busana sedondon berwarna krim, pelakon My Stupid Boss itu menerima mas kahwin sebanyak RM300 namun wang hantaran dirahsiakan.

Difahamkan, majlis pernikahan Atikah bersama Lokman yang juga Pengarah Eksekutif produk Zaitun tersebut diadakan secara tertutup di sebuah lokasi di ibu negara dan hanya dihadiri ahli keluarga terdekat serta teman rapat sahaja.

Dalam majlis pernikahan berkenaan, pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pengantin perempuan.

Pada Disember lalu, Atikah berkongsi berita gembira mengenai hari bahagianya yang bakal menjelang dengan pengikutnya di Instagram selepas memuat naik video majlis pertunangannya yang berlangsung secara ringkas di Singapura. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI