fbpx

Anwar ucap takziah kepada keluarga mendiang Devaki Krishnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Devaki

PETALING JAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim turut berdukacita di atas pemergian wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Tan Sri Devaki Krishnan malam tadi.

Perdana Menteri itu berkata, Devaki adalah sosok penting dalam sejarah perjuangan mengangkat martabat wanita dalam kepimpinan dan politik negara, sanggup mengabadikan hayatnya demi masyarakat.

“Jasa dan pengorbanan mendiang akan dikenang buat selamanya. Takziah kepada keluarga mendiang,” tulis Anwar di media sosial beliau hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan wanita pertama dalam perkhidmatan awam Malaysia, Devaki Krishnan meninggal dunia pada usia 100 tahun malam tadi.

Mendiang juga merupakan tokoh wanita berpengaruh dalam politik Malaysia yang diberi gelaran ‘Grand Dame of Malaysian Indian Politics’.

Devaki yang dilahirkan pada 11 Mac 1923 memulakan karier sebagai guru sebelum memenangi kerusi dalam Majlis Perbandaran di Kuala Lumpur pada 1952 sekali gus menjadi wanita pertama Malaysia dipilih sebagai penjawat awam.

Mendiang juga merupakan wanita India pertama dianugerahkan gelaran Tan Sri pada 1995 serta pernah menerima pelbagai anugerah sepanjang hayatnya termasuk Tokoh Wanita dan Pingat Emas Tun Fatimah daripada NCWO. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI