fbpx

SPRM siasat Mirzan: Tunggu sidang akhbar pada Isnin – Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tun Mahathir.

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengadakan sidang akhbar khas Isnin ini bagi menjawab dakwaan kononnya anaknya Mirzan Mahathir berdepan ugutan untuk dipenjara.

“Tunggu Isnin nanti (tanya dalam sidang akhbar),” katanya ringkas kepada media selepas ditemui pada program Minda Negarawan ‘Iktibar 50 tahun Perjanjian Pangkor’ di Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP), hari ini.

Difahamkan, sidang akhbar itu akan diadakan di YKP, namun intipati (sidang akhbar) itu bagaimanapun tidak didedahkan.

Dalam kenyataan akhbar semalam, Tun Mahathir mendakwa Mirzan diugut dengan hukuman penjara selama lima tahun sekiranya berbuat sesuatu bertentangan dengan pendakwaan.

Menurutnya, anaknya itu sehingga kini bagaimanapun tidak disebut akan dihadap ke mahkamah.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu lalu memanggil Mirzan ke ibu pejabat SPRM di sini dengan satu perintah notis diberikan mengikut Seksyen 36(1)(b) Akta SPRM 2009.

Notis itu mengkehendaki Mirzan mengisytiharkan segala aset alih dan tidak alih yang berada di dalam pegangannya sama ada di dalam atau di luar negara dalam tempoh 30 hari daripada tarikh notis tersebut.

SPRM menjelaskan, perintah itu adalah tindakan susulan daripada siasatan SPRM berhubung maklumat dalam laporan Kertas Panama serta aktiviti perniagaan Mirzan yang membabitkan penjualan dan pembelian syarikat berkaitan kerajaan (GLC). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI