fbpx

Bayi baru lahir ditemui dalam beg beli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bayi itu ditemui orang awam di persimpangan jalan di kawasan Newham. - Yui Mok/PA

LONDON – Seorang bayi baru lahir yang berusia kurang satu jam ditemui di dalam sebuah beg beli-belah di tengah-tengah cuaca membeku yang melanda timur London kelmarin, lapor akhbar The Guardian.

Bayi berkulit hitam dan dipercayai berbangsa campuran itu ditemui dalam keadaan dibalut dengan selimut di persimpangan jalan Greenway-High Street South, di Newham.

Polis memaklumkan bahawa bayi perempuan itu kini berada dalam keadaan sihat dan selamat. Kakitangan hospital menamakan bayi tersebut sebagai Elsa.

“Kami amat perihatin terhadap kebajikan bayi itu kerana dia mengalami pengalaman traumatik serta akan memerlukan rawatan perubatan segera selepas kelahirannya,” kata Ketua Polis Newham, Simon Crick.

Menurut Crick, bayi berkenaan diselamatkan oleh orang awam selepas terdengar bunyi tangisan dari dalam beg beli-belah tersebut.

Mereka kemudian menelefon polis sebelum dia dibawa  ke hospital oleh kakitangan paramedik. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI