fbpx

[VIDEO] Penyokong Arab Saudi tiru sorakan Ekor Harimau Sejati?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan penyokong Arab Saudi yang menyanyikan lagu seakan-akan sama dengan Ekor Harimau Sejati oleh Ultras Malaya.

PETALING JAYA – Baru-baru ini tular di media sosial memaparkan sekumpulan penyokong Arab Saudi melaungkan nyanyian yang mirip dengan melodi lagu Ekor Harimau Sejati.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @360mediachannel di akaun TikTok, kelihatan sekumpulan penyokong memakai baju hijau menyanyikan lagu tersebut sambil memukul gendang.

Difahamkan rakaman tersebut dirakam ketika perlawanan antara Arab Saudi dan Oman, kelmarin bagi kejohanan Piala Asia 2023.

Sekali dengar, melodinya seakan-akan sama dengan lagu yang sering dilaungkan oleh penyokong bola sepak Malaysia, Ultras Malaya namun hanya berbeza pada bahasa.

Susulan itu ramai rakyat Malaysia yang berbangga dan mengharapkan agar Ultras Malaya mendapat kredit bagi penciptaan lagu tersebut.

“Nanti Malaysia lawan Bahrain, bolehlah Ultras pak arab ini sertai sekali Ultras Harimau Malaya sama-sama nyanyi lagu ini. Barulah cuak Bahrain,” komen Kipre.

“Sedap pulak dengar, lepas ni kalau bertembung dengan Malaysia mesti meriah dengan dua versi,” komen pengguna yang lain pula.

“Lagu ni aura semangat dia kuat lain macam automatik meremang bulu roma. Siapa-siapa dengar memang gerun. Harap-harap yang cipta lagu ni tampil,” komen Afrina.

Walau bagaimanapun, ada juga beberapa individu tampil mendedahkan bahawa melodi lagu Ekor Harimau Sejati itu telah digunakan oleh kebanyakan penyokong di seluruh dunia.

“Ini memang lagu ultras sedunia lah. Boleh pakai mana-mana ultras negara lain juga,” komen Betta.

“Lagu ni memang mereka (penyokong Arab Saudi) dah lama guna. Bukan Ultras Malaya je, ada juga beberapa ultras lain juga guna,” komen Hasnan pula.

Untuk rekod, laungan lagu Ekor Harimau Sejati merupakan hasil ciptaan Ultras Malaya yang mula didendangkan di kejohanan Piala AFF Suzuki pada tahun 2018.

Harimau Malaya akan berdepan dengan Bahrain malam esok bagi Piala Asia 2023 di Stadium Jassim Bin Hamad, Qatar, setelah kalah 0-4 kepada Jordan sebelum ini. – KOSMO! ONLINE

@360mediachannel best juga yang versi Arab ni #pialasia #ekorharimausejati #360mediachannel ♬ original sound – 360 Media

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI