fbpx

Lenggong warisan prasejarah Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lenggong merupakan lokasi penempatan manusia tertua di Malaysia yang mencecah usia ribuan tahun.

LENGGONG – Ramai tidak menge­tahui pekan Lenggong yang terletak antara Kuala Kangsar dan Gerik, Perak merupakan lokasi penempatan manusia tertua di Malaysia mencecah usia ribuan tahun.

Lenggong adalah lokasi pe­nemuan rangka manusia purba Perak Man, berusia 10,000 hingga 11,000 tahun pada 1991.

Bertitik tolak daripada itu, Lembah Lenggong berjaya diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2012 serta lokasi Geo­park Kebangsaan pada 2021.

Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong, Mohd. Amzari Mohd. Arzami berkata, pelbagai ranca­ngan sedang dibuat bagi menaik­kan kawasan itu sebagai destinasi pelancongan terkemuka.

Katanya, pelbagai usaha sama dibuat melibatkan komuniti setempat memastikan pekan itu sedia menerima kehadiran pelancong.

“Pelbagai pertemuan diadakan dengan komuniti setempat untuk memperkasakan mereka. Pemberian latihan dan amalan terbaik industri didedahkan kepada mereka.

“Fasiliti kemudahan pengunjung ditambah baik dan aktiviti promosi menerusi laman media sosial, pameran serta lawatan realiti maya (VR Tour),” katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Jelas Mohd. Amzari, di Bukit Sapi, Lenggong juga terdapat taburan debu Gunung Berapi Toba yang telah diterbangkan sewaktu letusan berlaku sekitar 74,000 tahun lalu.

“Malah terdapat juga bukti hentaman meteorit yang telah menghentam kawasan Bukit Bunuh di Lenggong kira-kira 1.83 juta tahun lampau.

“Kita kini sedang berusaha meningkatkan lagi kemudahan pengangkutan di situ supaya dapat menarik pelancong dari ste­sen-stesen utama pengangkutan awam di Perak serta Pulau Pinang.

“Kita juga akan memasang lebih banyak papan iklan mempromosikan Lenggong di sepanjang jalan dari Kuala Kangsar ke Gerik,” katanya.

Beliau melihat komitmen kerajaan negeri untuk melancarkan Perak Sejahtera 2030, dengan memastikan setiap daerah mempunyai industri tersendiri bakal membantu perkembangan Lenggong, terutama dibantu lagi de­ngan kempen Tahun Melawat Perak 2024.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI