fbpx

Kerajaan tawar Bantuan Kewangan Haji RM,1000 kepada jemaah B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Na’im berucap pada Majlis Perasmian Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji di Pusat Konvensyen Movenpick tadi. - Foto oleh FAIZ ALIF

SEPANG- Kerajaan bersetuju meneruskan Bantuan Kewangan Haji Secara Bersasar yang diberikan kepada jemaah Haji Muasassah golongan B40 dengan jumlah RM1,000 seorang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, penawaran bantuan itu turut mendapat persetujuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di mana jemaah Muassasah B40 hanya membayar kos sebanyak RM 12,356.

“Sepertimana kita sedia maklum, kos menunaikan haji mengalamai peningkatan setiap tahun khususnya kos-kos yang perlu ditanggung di Arab Saudi.

“Untuk musim haji 2024, kos keseluruhan bagi seorang jemaah haji adalah berjumlah RM33,300 di mana menyaksikan peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding tahun sebelum ini iaitu berjumlah RM30,850.

“Kos menunaikan haji meliputi seluruh rantaian perkhidmatan termasuk penginapan, penerbangan, sajian, visa, perkhidmatan semasa di tanah air dan Tanah Suci termasuk operasi masyair, pengangkutan, pengurusan kebajikan serta kesihatan jemaah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Karnival Haji, Umrah dan Pelancongan Pengelola Jemaah Haji (Karnival PJH) Kali Ke-2 di Pusat Konvensyen Movenpick di sini tadi.

Pada masa sama, Mohd. Naim berkata, bakal jemaah haji turut memilih pakej ditawarkan 25 syarikat Pengolala Jemaah Haji (PJH) yang dilesenkan oleh Tabung Haji (TH) bagi memudahkan pemantauan selain mengelakkan penipuan.

Katanya, saranan itu turut melibatkan kumpulan jemaah haji yang mendapat visa Furada dan Mujamalah.

Katanya, kesemua 25 syarikat PJH termasuk Tabung Haji Travel & Services Sdn. Bhd. telah melalui proses penilaian ketat serta memenuhi syarat ditetapkan sebelum diberikan lesen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI