fbpx

Jumpa mayat lelaki selepas air surut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis memeriksa lokasi penemuan mayat itudi Jalan Tali Air 11 Pasir Panjang, Sekinchan, semalam.

SABAK BERNAM – Mayat seorang lelaki tanpa identiti ditemui dalam parit di Jalan Tali Air 11 Pasir Panjang, Sekinchan di sini, semalam.

Penemuan itu disedari orang awam selepas paras air surut di parit tersebut sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira pukul 12.55 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd. Alias berkata, pemeriksaan pihaknya mendapati keadaan mayat itu telah mula mereput dan dipercayai meninggal dunia lebih tiga hingga empat hari.

“Tiada sebarang dokumen pengenalan diri atau unsur pergelutan jenayah dikesan di lokasi tersebut. Parit itu merupakan sistem saliran air yang membekalkan sumber air ke kawasan penanaman sawah padi di Pasir Panjang,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Agus Salim, polis turut merekodkan keterangan beberapa saksi awam yang menetap di sekitar kawasan berkenaan dan mayat kemudiannya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam bagi proses bedah siasat.

Orang ramai yang kehilangan ahli keluarga atau mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis (IPD) Sabak Bernam di talian 03-32245963 atau Ketua Polis Balai Sekinchan, Asisten Superintendan (ASP) Iek Ren Chong di talian 019-2825748. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI