fbpx

Anak gagal masuk MRSM, bukan pengakhiran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ibu bapa yang mendapati anak mereka gagal dalam Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) diminta supaya menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka.

Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dasuki berkata, gagal ujian UKKM hanya gagal memasuki MRSM dan bukannya pengakhiran kepada anak mereka untuk menggapai kejayaan.

“Buat ibu bapa yang baru terima keputusan UKKM, apa sahaja keputusan terima dengan hati terbuka dan jangan pernah putus asa dalam upaya mendidik anak-anak. Tidak semestinya tidak berjaya ke MRSM pengakhiran buat segala-galanya.

“Insya-Allah ruang dan peluang untuk berjaya amat terbuka luas. Yang penting sentiasa positif dan sama-sama mendidik anak-anak bukan sahaja memberi penekanan soal kejayaan dalam peperiksaan, tetapi harus sentiasa semaikan soal taqwa, adab dan nilai-nilai keinsanan termasuk menghormati orang tua, saudara mara dan guru-guru.

“Insya-Allah barakah dan rahmat Allah sentiasa menaunginya,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi berkata, anak pertamanya, Ammar tidak pernah di hantar ke Sekolah Berasrama Penuh mahupun MRSM, sebaliknya belajar aliran agama di sekolah harian biasa di Shah Alam, Selangor.

Menurut beliau, selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Ammar diterima memasuki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan pada masa sama mengisi borang memohon masuk ke Universiti Islam Madinah.

“Alhamdulillah lepas setahun lebih menanti, baru terima tawaran ke Madinah dengan pembiayaan sepenuhnya oleh kerajaan Arab Saudi dan universiti,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI