fbpx

Konsert Siti Nurhaliza tetap diteruskan demi Palestin – Yayasan Nurjiwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Nurhaliza akan tetap meneruskan konsert pada tarikh 9 Mac 2024 atas sebab-sebab tertentu.

PETALING JAYA – Penyanyi tersohor tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza akan meneruskan penganjuran konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung tiga hari sebelum menyambut bulan Ramadan iaitu 9 Mac depan.

Menerusi kenyataan rasmi syarikat yang turut dinaungi Siti atau nama sebenarnya, Siti Nurhaliza Tarudin, 45 iaitu Yayasan Nurjiwa, tujuan utama konsert diadakan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada mangsa perang di Palestin yang memerlukan bantuan segera.

“Kita tidak mampu untuk menunda bekalan makanan dan bahan asas untuk saudara-saudara kita di Palestin.

“Komitmen kami kepada mangsa-mangsa perang di Palestin perlu diteruskan sejak kami memulakannya pada Oktober lalu.

KENYATAAN media daripada pertubuhan milik Siti Nurhaliza dan suami iaitu Khalid Mohamad Jiwa iaitu Yayasan Nurjiwa.

“Terlewat sehari dua saja boleh mengundang malapetaka lain buat mereka. Oleh itu, Yayasan Nurjiwa berpendapat, ada baiknya konsert diteruskan demi untuk mencari dana,” kata pengasas bersama Yayasan Nurjiwa, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa lagi.

Pada masa sama, Yayasan Nurjiwa juga memaklumkan, pengurusan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) bahawa tarikh 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang tahun 2024.

“Buat pengetahuan semua, kami sudah membuat tempahan stadium sejak awal 2023 lagi namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat kami laksanakan.

“Tarikh baharu yang diberikan pihak stadium adalah 9 Mac namun memahami matlamat utama konsert ini membuatkan Yayasan Nurjiwa mencapai keputusan untuk meneruskannya.

“Sekali lagi kami jelaskan, konsert ini bukan dianjurkan atas keuntungan sebaliknya, untuk rakyat Palestin.

Hari ini, Kosmo! menerusi ruangan pojok Mizz Lahar melaporkan teguran Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd. Noor berhubung penganjuran acara mega bertarikh 9 Mac tersebut agar dianjakkan ke tarikh baharu bagi menghormati kehadiran bulan Ramadan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI