fbpx

Tarif air Negeri Sembilan naik mulai 1 Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin

SEREMBAN – Tarif baharu air bagi kategori domestik di negeri ini naik sehingga 29 peratus pada kadar antara 16 dan 24 sen bagi setiap meter padu bermula 1 Februari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kenaikan berkenaan bergantung kepada kadar penggunaan meter padu air setiap isi rumah di mana purata penggunaan air satu isi rumah di negeri ini sebanyak 22 meter padu sebulan

“Impak kepada kenaikan bil bulanan adalah sebanyak RM3.68 atau 12 sen sehari sahaja. Bagi penggunaan domestik sehingga 20 meter padu, mereka akan mengalami kenaikan 71 sen berbanding kadar sekarang ialah 55 sen.

“Manakala antara 20 hingga 35 meter padu membabitkan kenaikan RM1.09 (85 sen) dan melebihi 35 meter padu pada kadar RM1.64 (RM1.40). Kadar caj minimum bagi pelarasan baharu ini adalah RM7.10 berbanding RM5 sekarang.

“Bagaimanapun, Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) masih memberi subsidi 93,909 akaun domestik yang menggunakan air kurang dari 20 meter padu sebulan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di sini, hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI