fbpx

Tarif air naik: Pahang cadang beri subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy

KUANTAN – Kerajaan Pahang berkemungkinan memberi subsidi air kepada golongan B40 susulan persetujuan diberikan bagi menaikkan tarif air negeri ini bermula 1 Februari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perkara terbabit akan dikaji dan akan dibincangkan bersama Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) dan kementerian terlibat.

“Penyelarasan tarif air ini semua negeri terlibat. Pahang sudah 40 tahun kita tidak naik tarif air. Sebelum ini 37 sen untuk 18 meter padu dan sekarang akan naik 78 sen 20 meter padu.

“Insya-Allah kita akan melihat kenaikan tarif ini di mana kemungkinan kita akan memberi sedikit subsidi ataupun bantuan kepada kumpulan B40 dan terlibat. Sekarang perkara ini masih dikaji dan dipanduselia.

“Perkara ini baru diumumkan hari ini dan ia (subsidi) akan diperhalusi. Saya belum dapat apa-apa maklum balas, belum bincang dengan PAIP dan pihak Kementerian. Jadi bagi masa sikitlah,” katanya selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pahang Skills, E&P O&M Services Sdn Bhd dan Universiti Teknologi Petronas di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI