fbpx

Penerbit, pengarah filem kontroversi Mentega Terbang didakwa pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Filem kontroversi Mentega Terbang yang diwartakan haram

KUALA LUMPUR – Penerbit dan pengarah filem kontroversi Mentega Terbang dijangka berdepan pertuduhan di dua Mahkamah Majistret di sini pagi ini.

Berdasarkan sistem mahkamah, penerbit filem itu akan didakwa di hadapan Majistret Aina Azahra Arifin, manakala pengarahnya di Majistret Noorelynna Hanim Abd Halim mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan penayangan filem kontroversi, Mentega Terbang di negara ini.

Perkara itu diputuskan menerusi warta bertarikh 1 September tahun lalu yang ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 21 Ogos tahun yang sama.

Menurut warta berkenaan, larangan itu dibuat menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

“Menteri melarang penayangan, pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem yang diperihalkan dalam jadual bertentangan dengan kepentingan awam di seluruh Malaysia.

“Bagi maksud perintah ini, filem yang disebut dalam sub perenggan, hendaklah termasuk bahan publisiti filem itu,” menurut warta berkenaan.

Berdasarkan warta itu juga, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Filem Mentega Terbang dilihat menyentuh perbezaan dan persamaan agama-agama utama di Malaysia selain mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian.

Selain itu, tular beberapa sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Sedutan babak tular itu kemudian mengundang marah warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI