fbpx

Noor Nabila timbang makanan sebelum makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMPENGARUH Noor Nabila mendedahkan rahsia dirinya kelihatan langsing adalah dengan menimbang makanan dan hanya menjamah hidangan.

PETALING JAYA – Kakak kepada selebriti popular Neelofa iaitu Noor Nabila mendedahkan rahsia dirinya kekal langsung pada usia mencecah 40 tahun adalah dengan menyukat makanan menggunakan menggunakan penimbang elekronik.

Perkara tersebut didedahkan rakan karibnya merangkap pempengaruh media, Rosix Omar yang menyatakan ibu kepada seorang anak itu menyukat lauk berupa ikan selaku sumber protein.

“Tengoklah Nabila, dia ajak kita makan tapi yang pentingnya rahsia dia ni, dia makan kena ada penimbang,” katanya dalam perkongsian video dalam TikTok.

Dalam hantaran berkenaan kelihatan Nabila sedang menimbang lauk di atas penimbang elekronik yang dikatakan hanya perlu setakat 100 gram.

“Kenalah guna penimbang,” ujar wanita berusia 40 tahun itu menyambut usikan sahabatnya.

Dalam perkongsian itu, Rosix menunjukkan pelbagai jenis hidangan bertutup tudung saji di atas mega selain kelihatan alat penimbang kecil milik Nabila.

Menurut Rosix lagi, rakannya itu memang gemar mengajaknya menikmati hidangan enak, tetapi dia sendiri hanya menjamah sedikit sebagai alas perut.

“Dia kena timbang berapa banyak dia makan, ni masalah negara aku pun tak faham. Kejap lagi dia suruh kita makan banyak-banyak, dia pula timbang,” ujarnya.

Selain hanya mengambil sedikit saja isi ikan, di pinggan ahli perniagaan terbabit hanya ada sedikit sambal, sayur-sayuran serta separuh genggam nasi putih.

Rejim diet yang didedahkan itu mengundang komen ramai dengan rata-rata meluahkan perasaan kagum melihat semangat ditunjukkan Nabila untuk jaga badan.

“Bagus dia masa muda jaga makan, jaga ‘portion’ tapi tetap dapat makan sedap. Tak payah tunggu tua,” kata seorang netizen.

“Betul tu dah suku suku separuh untuk kesihatan. Semakin meningkatkan usia kena kurangkan makan,” kata pemilik akaun TikTok lain.

Penjagaan kesihatan serta tubuh badannya sebelum ini turut menjadi perhatian kerana padw usia mencecah 40-an selain mempunyai seorang anak yang kini berumur lima tahun, Jebat Jayden Ahmad, dia tetap kekal langsing. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI