fbpx

Kenaikan tarif bantu tingkat kualiti air Perlis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KANGAR – Kenaikan kadar tarif air membantu Syarikat Air Perlis (SAP) meningkatkan kualiti perkhidmatan serta infrastruktur air termasuk membantu kerja-kerja penyelenggaraan paip uzur untuk jangka pendek dan sistem pengesanan awal kebocoran paip bagi jangka masa panjang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur negeri, Izizam Ibrahim berkata, SAP dijangka mencatatkan pendapatan tambahan antara RM1 juta hingga RM2 juta berikutan kadar tarif air baharu itu.

“Buat masa ini terdapat beberapa masalah utama melibatkan pengurusan air negeri termasuk masalah jaringan paip uzur, air bertekanan rendah dan tahap kualiti air itu sendiri.

“Apabila berlaku kenaikan tarif air ini, kita menggunakan hasil itu untuk membaik pulih dan menambah baik perkhidmatan SAP termasuk menyediakan perkhidmatan penghantaran air di kawasan terjejas,” katanya ketika ditemui pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI