fbpx

Polis gesa mangsa gangguan seksual ketika joging tampil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki disyaki melakukan aksi onani terhadap seorang wanita di kawasan Kota Damansara, Petaling Jaya, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Polis meminta mangsa tampil untuk membantu siasatan kes lelaki menunjukkan kemaluan dan melakukan aksi onani di dalam kawasan Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya pihaknya terkesan video tular kejadian itu menerusi aplikasi X sekitar pukul 4.37 petang, semalam.

“Video tersebut memaparkan seorang wanita telah diganggu seorang lelaki yang menaiki motosikal sambil melakukan perbuatan disyaki onani.

“Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Kota Damansara, namun semakan mendapati tiada laporan kes dibuat oleh mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Mohamad Fakhrudin, mangsa dinasihatkan untuk tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes ini diminta menghubungi bilik gerakan IPD Petaling Jaya atau pegawai penyiasat kes, Inspektor Magenderan di talian 017-3356810,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 46 saat memaparkan seorang lelaki yang menaiki motosikal bertanyakan arah jalan pada seorang wanita yang sedang bersenam di kawasan itu.

Beberapa saat kemudian, mangsa melarikan diri selepas melihat lelaki berkenaan dipercayai melakukan aksi onani sewaktu mereka sedang berbual. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI