fbpx

[VIDEO] Beranda rumah kampung luas, cantik macam resort jadi bualan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar @zyzy_fazzy di TikTok memaparkan beranda di kediaman orang tuanya di Sabah yang luas dan cantik.

PETALING JAYA – Sebuah rumah yang dipercayai terletak di Kuala Penyu, Sabah, menjadi perhatian ramai ekoran memiliki beranda yang unik, bagaikan di sebuah pusat peranginan.

Bukan itu sahaja, ia juga dipenuhi dengan pelbagai jenis perabot dan barang hiasan cantik yang lazimnya diletakkan di bahagian dalam rumah.

Menerusi perkongsian @zyzy_fazzy di TikTok, rumah yang dimiliki oleh kedua orang tuanya di Kampung Kitang itu sememangnya dibina dengan beranda luas dan dihias cantik tanpa dinding.

“Ni beranda luar rumah. Bukan rumah tak ada dinding. Penggera keselamatan pun ada. Insya-Allah selamat, doa yang baik-baik saja ya,” katanya.

Rata-rata orang ramai teruja dengan perkongsiannya itu, malah turut memuji kediaman berkenaan kelihatan seperti sebuah pusat peranginan.

“Ini bukan beranda, ini lobi hotel. Cantiknya. Semoga saya ada rezeki rumah sendiri, doakan ya,” komen @PAT.

“Seronoknya kalau masa raya lepak santai-santai kat luar rumah ramai-ramai,” ujar @°emah_.

“Beranda dah cantik macam ni. Dalam rumah mesti lagi cantik kan?,” soal seorang lagi pengguna.

“Nampak macam resort dah. Jenis yang suka terbuka ni memang suka betul macam ni. Saya pun suka,” kongsi @aisyah. – KOSMO! ONLINE

@zyzy_fazzy Assalamualaikum.. maaf tak terjawab pertanyaan.. Ni beranda di luar rumah je.. Baru siap renovation.. Rumah mcm biasa ada bilik tidur, ruang tamu, dapur, bilik mandi dll… cuma idea nak buat beranda dr abg sulung… nak santai² di luar sbb laman depan masi luas..menjawab pertanyaan korg.. sofa dlm vtt tu sofa lama kena upgred skit😅..yg lain tu kerusi besi dan rotan khas utk outdoor.. tv dlm vtt tu semua kena gari di tiang ya😂.. cctv ada alarm sensor.. pantang ada org 1 kg bergegar🤣🤣 rumah sekeliling berpagar besi ya.. kiri kanan rumah saudara.. langsir jenis outdoor.. tempias hujan ringan² je.. banjir tak pernah berlaku.. Doakan yg baik² sja ya bro & sis.. Amin.. #myfamily❤️ #villagelife #fyp ♬ my girl korean drama OST – rose♡

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI