KUALA LUMPUR – Tidak tahu kawasan larangan merokok selain baru pertama kali tiba di sesebuah premis antara alasan paling banyak diterima sepanjang lebih dua jam mengikuti operasi merokok di sebuah pusat beli-belah terkemuka, di sini baru-baru ini. Ketika operasi Pusat Kesihatan Daerah Lembah Pantai itu, mereka didapati merokok di kawasan tangga kecemasan serta di luar bangunan kompleks beli-belah berkenaan. Lokasi itu masih menjadi tempat larangan merokok kerana ia kawasan berbumbung. Dalam operasi itu, seorang perokok merayu supaya tidak dikenakan kompaun……














