fbpx
Pemain Harimau Malaya ketika sesi latihan hari pertama di Qatar University pada 2 Januari lalu. – IHSAN FAM

Luahan Pembaca: Sedih, tiada langsung ‘demam’ Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SAUDARA PENGARANG,

Bola sepak merupakan satu sukan yang menjadi perhatian dunia sejak dahulu lagi tidak kira di peringkat mana sekalipun peminatnya tetap ada.

Dunia ketika ini sedang tertumpu kepada benua Asia kerana bakal mengumpulkan sejumlah pasukan bola sepak terbaik bagi merebut juara Asia di Doha, Qatar yang bermula minggu ini.

Piala Asia boleh diibaratkan sama tarafnya dengan kejuaraan Eropah yang menjadi kegilaan peminat-peminat bola sepak.

Paling menggembirakan kita apabila pasukan kebangsaan Harimau Malaya layak secara merit ke Doha sejak berpuluh tahun kita tidak menyertai kejohanan terbesar di Asia itu.

Namun, amat menyedihkan terutamanya saya sebagai peminat setia pasukan negara apabila tidak dapat melihat atau merasai ‘demam’ Piala Asia ini di negara kita sendiri.

Tiada promosi yang sepatutnya dilakukan oleh pihak terlibat termasuk syarikat-syarikat swasta dalam tempoh kejohanan ini berlangsung.

Tidak seperti kejohanan lain antaranya Euro mahupun World Cup misalnya sehingga jualan jersi negara-negara terlibat sanggup dibeli peminat walaupun negara kita tidak terlibat.

Perlu diingatkan kejohanan kali ini juga telah membukti pasukan kebangsaan kita adalah sebuah pasukan yang menjadi tumpuan oleh pihak FIFA sendiri apabila telah menyenaraikan trio penyerang Malaysia sebagai pemain yang perlu dilihat dalam kejohanan ini.

Saya berharap agar pihak yang terlibat mengambil nisiatif yang sepatutnya bagi menyemarakkan lagi semangat pasukan Harimau Malaya yang bakal berentap di Doha.

Yang kecewa
Bukan bangsa final

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN