fbpx

Kerajaan kekal sepenggal: MB Perak sambut baik cadangan Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saarani (kiri) pada sidang akhbar di Ipoh hari ini. - Foto oleh MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

IPOH – Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyambut baik cadangan memperkenalkan undang-undang untuk mengekalkan sesebuah kerajaan sehingga akhir penggal, atau sebelum pilihan raya umum seterusnya diadakan.

Beliau melihat cadangan itu untuk memastikan segala rancangan kerajaan dapat berjalan dengan baik, dan tidak menimbulkan terlalu banyak tanda tanya yang menyebabkan rasa gusar dalam kalangan pelabur.

Saarani percaya cadangan itu yang dicetuskan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah rentetan daripada pelbagai khabar angin untuk menumbangkan kerajaan seperti Langkah Dubai.

“Tidak kira langkah apapun, sama ada langkah itu ada rasional, langkah itu mungkin berlaku atau tidak mungkin berlaku yang paling penting ialah semua langkah itu merencatkan program-program pembangunan dan juga menakutkan pelabur.

“Oleh kerana itu cadangan beliau itu ialah untuk menutup sebarang peluang, sebarang kenyataan yang sentiasa menyatakan ada tarikh atau sikit lagi (kerajaan akan tumbang). Tadi kita ada mesyuarat jawatankuasa pelaburan, kita ambil kira perkara itu (kestabilan kerajaan),” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar mengumumkan penganjuran Konvensyen Kerajaan Perpaduan Negeri Perak di sini hari ini.

Pada Sabtu lalu, Ahmad Zahid menyarankan perkara itu kerana melihat perundangan tersebut dapat menjamin kestabilan negara memandangkan kerajaan tidak diganggu oleh percaturan ahli politik.

Saarani melihat perundangan sama sedia diguna pakai di peringkat negeri, sekiranya undang-undang itu diluluskan di Parlimen.

Beliau bagaimanapun menjangkakan pengenalan undang-undang itu akan mengambil masa yang lama untuk dibentangkan di peringkat tertinggi kerajaan kerana melibatkan banyak pandangan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI