fbpx

Kedah tidak dianaktirikan Kerajaan Persekutuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saifuddin (tengah) meninjau tapak projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit dalam lawatan kerjanya ke Kedah, hari ini. - Foto SHAHIR NOORDIN/KOSMO!

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan memberi jaminan sama sekali tidak akan menganaktirikan Kedah walaupun tidak selari pentadbiran dengan kerajaan negeri.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu terbukti dengan peruntukan RM1.81 bilion  daripada kerajaan untuk pembangunan negeri ini berbanding RM100 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan negeri.

“Biarpun berlaku (atau) ada wujud perbezaan dari segi kerajaan yang memerintah tapi saya tak fikir rasional yang ada kepimpinan Kerajaan Persekutuan (bahawa) kami hendak korbankan aspek kepentingan rakyat. Biar data berbicara.

“Kedah sama sekali tidak diketepikan, dibelakangkan atau dianaktirikan Kerajaan Persekutuan walaupun berbeza daripada amalan demokrasi,” katanya pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah dan Sungai Anak Bukit di Kuala Sungai, di sini hari ini.

Kata beliau, Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan sebanyak RM1.18 bilion untuk pembangunan di Kedah melibatkan 430 pelbagai projek untuk tahun ini.

Mengulas tentang projek RTB berkenaan yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah banjir di bandar raya Alor Setar dan Jitra, katanya, ia dijangka siap sepenuhnya pada September depan.

“Projek Rancangan Tebatan Banjir ini adalah kita hendak sediakan aliran baharu untuk mengatasi masalah limpahan yang berpunca daripada tiga sungai utama iaitu Sungai Baru, Sungai Tanjung Pauh dan Sungai Anak Bukit yang melalui kawasan penduduk, kawasan taman perumahan, kampung dan industri.

“Kemajuan semasa fizikal projek adalah 78.13 peratus dengan baki kerja utama yang masih dalam pelaksanaan melibatkan pembinaan dua jambatan iaitu Jalan Alor Setar-Kangar dan Jalan Gunung Keriang,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI