fbpx

Anwar ucap selamat maju jaya kepada Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Harimau Malaya yang bakal membawa nama negara dalam perlawanan pertama Piala Asia, esok.

Menerusi satu kenyataan di laman Facebook, Anwar berkata, rakyat Malaysia mendoakan agar pasukan Harimau Malaya bertempur dengan penuh semangat menentang Jordan di Stadium Al Janoub, Doha awal pagi nanti.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan Harimau Malaya bakal membuat kemunculan semula di pentas Piala Asia buat kali pertama sejak menjadi tuan rumah pada edisi 2007.

Dua pasukan terbaik dalam peringkat kumpulan termasuk empat negara yang mengutip mata tertinggi di kedudukan ketiga layak untuk beraksi di pusingan 16 pada kejohanan kali ini.

Malaysia dan Jordan bakal bertemu dalam aksi pertama Kumpulan E Piala Asia 2023 pukul 1.30 pagi waktu Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI