fbpx

[VIDEO] Ramai lepas kempunan lihat wajah Putera Abdul Wakeel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Abdul Wakeel ketika hadir ke Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei di Istana Nurul Iman, Brunei, hari ini.

PETALING JAYA – Selepas patah hati melihat ‘kekasih hati’ mereka iaitu Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah mendirikan rumah tangga, Putera Abdul Wakeel Bolkiah pula menjadi sebutan para wanita seterusnya.

Lebih-lebih lagi, Putera Abdul Wakeel kelihatan segak mengenakan pakaian rasmi ketika perarakan masuk kerabat diraja pada Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei di Istana Nurul Iman, hari ini.

Sebelum ini ketika Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja pada 10 Januari lalu, Putera Abdul Wakeel mengenakan pelitup muka sekali gus membuatkan ramai wanita hampa kerana tidak dapat melihat wajahnya.

Walau bagaimanapun, sikap ‘malu-malu kucingnya’ hari ini mencuri perhatian para wanita kerana Putera Abdul Wakeel dilihat berjalan tunduk sehingga mukanya ditutupi separuh oleh ‘peak cap’ dipakainya.

Sama juga ketika sedang duduk di barisan kerabat diraja, Putera Abdul Mateen kelihatan sering tunduk sehingga terlindung wajahnya.

Namun ada beberapa pengguna media sosial mendakwa Putera Abdul Wakeel berbuat demikian kerana malu atau berada dalam keadaan penat.

“Putera nampak penat jadi sebab itu baginda sering menundukkan kepalanya ke bawah. Harap keadaan Putera baik-baik sahaja,” komen seorang pengguna.

“Akhirnya Putera Wakeel tunjukkan mukanya. Tapi hari ni baginda nampak tunduk je. Mungkin malu dengan kamera juga,” komen pengguna yang lain pula. – KOSMO! ONLINE

@dytmawb #princewakeel at the wedding #princemateen and #dayanganisha todayy! 💐👰🤵💗🤩 #princewakeelofbrunei #princewakeelbolkiah #princemateenofbrunei #dayanganisharosnahbintiadam #princemateenwedding #royalfamily #bruneiroyalfamily #royalwedding #fyp #fypシ #foryourpage ♬ suara asli – 𝐌𝐢𝐧𝐞. – 𝟕𝟎𝟓 𝐌𝐢𝐧𝐞.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI