fbpx

[VIDEO] Pemimpin besar dunia hadir majlis sanding Putera Mateen, Dayang Anisha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan kerabat diraja antarabangsa dan pemimpin politik hadir bagi memeriahkan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah di Istana Nurul Iman, Brunei, hari ini.

PETALING JAYA – Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah bersama isterinya Dayang Anisha Rosnah turut dimeriahkan dengan kehadiran pemimpin besar dari seluruh dunia.

Menerusi siaran langsung di Radio Televisyen Brunei, majlis yang diadakan di Istana Nurul Iman, Brunei hari ini, dihadiri lebih 5,000 tetamu termasuk kerabat diraja antarabangsa dan pemimpin negara.

Pada perarakan masuk, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha diiringi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Turut bersama-sama iringi perarakan tersebut adalah Raja Bhutan, Jigme Khesar Namgyel Wangchuck dan Permaisuri Jetsun Pema.

Selain itu, turut kelihatan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diikuti dengan Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi).

Majlis tersebut juga dimeriahkan dengan kehadiran Presiden Republik Filipina, Ferdinand Marcos Jr dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Majlis persandingan tersebut bermula pukul 10 pagi dan pengantin diraja kemudian akan dibawa menyertai perarakan mengelilingi ibu kota Brunei, Bandar Seri Begawan.

Terdahulu, Putera Mateen dan Dayang Anisha selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja sekitar jam 2.17 petang, Khamis lalu.

Majlis tersebut berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan, dan turut berkenan disaksikan oleh Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah serta kaum kerabat diraja. – KOSMO! ONLINE

@hahahhahahahaha1910 Ketibaan Tetamu Terhormat di Majlis Istiadat Pengantin Diraja🤩 #princeabdulwakeel #danialik #janetira #abdulwakeelbolkiah #tengkumuhammad #agongkita #sokarno #tunkuazizah #tunkuaminah #mateenXanisha #princemateen #bruneiroyalfamily #princemuntaqim #dayanganisharosnah ♬ Seluruh Cinta – Siti Nurhaliza

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI