fbpx

Pelajar tumbuk kepala guru bertubi-tubi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelajar berkenaan memukul gurunya di hadapan loker. - X

ST LOUIS, MISSOURI – Seorang pelajar perempuan di negeri Missouri menumbuk kepala gurunya berulang kali sehingga mangsa dimasukkan ke hospital.

Akhbar Daily Star melaporkan, rakaman kejadian memaparkan pelajar Sekolah Tinggi Normandy, bandar St. Louis memukul gurunya yang berusia 65 tahun secara bertubi-tubi. 

Beberapa guru dan pelajar lain dilihat mengerumuni lokasi kejadian ketika pelajar terbabit memberhentikan mangsa menggunakan lututnya. 

Seorang guru lelaki didengari cuba masuk campur sambil menjerit ‘Berhenti! Berhenti!’ selepas mangsa jatuh ke atas lantai.

Video berasingan memaparkan situasi di mana suspek mengalami sawan ketika seseorang cuba menenangkannya. 

Saksi kejadian berkata, pergaduhan bermula apabila guru itu menyoal pelajar berkenaan mengenai tindakannya yang pergi ke loker untuk mengambil ubat sawan.

“Kami telah melancarkan siasatan dalaman untuk mengumpulkan semua bukti diperlukan berkaitan kejadian itu dan tindakan sewajarnya akan diambil,” kata kenyataan dikeluarkan sekolah berkenaan tanpa memaklumkan mengenai keadaan pelajar tersebut – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI