fbpx

Banjir Johor semakin pulih, 1,124 mangsa di lima daerah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MANGSA banjir di Kampung Pasir Tebrau, Bandar Dato Onn Johor Bahru mula membersihkan rumah mereka setelah air bah surut.

JOHOR BAHRU – Cuaca baik di Johor sejak semalam menyaksikan pengurangan mangsa banjir apabila setakat pukul 1 petang tadi, terdapat seramai 1,124 mangsa ditempatkan di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, ia menurun sedikit berbanding seramai 1,130 mangsa, pada pukul 8 pagi hari ini, melibatkan 319 keluarga di lima daerah negeri ini.

“Mersing kekal daerah paling ramai mangsa ketika ini iaitu 606 mangsa di empat PPS, diikuti Kota Tinggi dengan seramai 254 mangsa di empat PPS.

“Di Kluang pula, seramai 153 mangsa di dua PPS; Segamat seramai 88 mangsa di dua PPS dan Batu Pahat seramai 23 mangsa di sebuah PPS,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

“Bagaimana, Jabatan Meteorologi masih mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

“Dua sungai di negeri ini masih berada pada paras air berbahaya iaitu Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat dan Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang,” jelasnya.

Dalam masa sama, Azmi turut memaklumkan tiga laluan masih ditutup untuk kenderaan sepenuhnya iaitu Jalan Tanah Abang di Mersing dan dua laluan di Lingkaran Kahang Barat di Kluang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI