fbpx

Penghuni kondominium cederakan pengawal keselamatan sudah didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang lelaki mencederakan pengawal keselamatan warga asing di sebuah kondominium di Bukit Jalil, Cheras, Kuala Lumpur, 5 Januari lalu.

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan seorang lelaki yang terbabit dalam video tular mencederakan pengawal keselamatan kondominium di Bukit Jalil telah didakwa di Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superintendan Ridzuan Khalid berkata, pihaknya terkesan dua video tular memaparkan kejadian antara lelaki tempatan dan lelaki warga asing itu, hari ini.

Jelasnya, semakan mendapati kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 8 pagi, 5 Januari lalu.

“Suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati tentang penghalang yang diletakkan di laluan keluar bangunan tersebut.

“Lelaki itu telah bertengkar dengan pengawal keselamatan dan mencederakan seorang pekerja yang kebetulan berada di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Ridzuan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan suspek telah dituduh di bawah seksyen yang sama di Mahkamah Jalan Duta, di sini, semalam.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi, andaian atau pendapat yang boleh menimbulkan kekeliruan, kegusaran dan ketenteraman awam,” tegasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI