fbpx

3,181 kes denggi, tiada kematian pada Minggu Epidemoilogi ke-01

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 3,181 kes demam denggi direkodkan pada Minggu Epidemiologi ke-01 2024 iaitu bagi tempoh 31 Disember hingga 6 Januari lalu berbanding 2,715 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dalam tempoh sama juga tiada kematian direkodkan akibat komplikasi demam denggi.

“Kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga minggu berkenaan adalah 3,181 kes berbanding 2,219 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

“Manakala tiada kematian akibat komplikasi demam denggi telah dilaporkan berbanding satu kematian bagi tempoh sama tahun lalu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, bilangan lokaliti hotspot yang dilaporkan bagi minggu berkenaan adalah sebanyak 130 lokaliti berbanding 131 lokaliti pada minggu sebelumnya.

“Dari 130 lokaliti yang dilaporkan, Selangor mencatatkan hotspot terbanyak iaitu 100 lokaliti, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya (14), Perak (tujuh), Negeri Sembilan (empat), Pulau Pinang dan Sabah (dua) manakala Kedah (satu),” ujarnya.

Jelas beliau, bagi survelan chikungunya pula, sebanyak satu kes direkodkan pada minggu berkenaan manakala survelan zika sebanyak 18 sampel darah telah dijalankan saringan dan kesemuanya negatif. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI