fbpx

Nekad samun depan bank, dua lelaki ditahan di Perak, Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Sukarno menunjukkan arah sebilah pisau yang dirampas milik Geng Pian, Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul, hari ini.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki disyaki kumpulan samun ‘Geng Pian’ yang aktif menyamun di Perak dan Kuala Lumpur sejak 2020 akhirnya tumpas apabila dua suspek ditahan baru-baru ini di dua lokasi berasingan.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd. Zahari berkata, kedua-dua suspek berusia 38 tahun ditahan di Perak serta Pahang pada 4 Januari dan 6 Januari lalu.

Beliau berkata, tangkapan itu dibuat susulan kejadian samun bersenjata di sebuah bank di Kepong, di sini, pada 27 Disember lalu.

“Tertangkapnya dua suspek Gang Pian ini, pihak polis yakin berjaya menyelesaikan beberapa kes samun yang berlaku di Kuala Lumpur dan Perak.

“Hasil siasatan mendapati, suspek mempunyai pelbagai rekod kesalahan jenayah lampau samun iaitu sebanyak 28 kes di Perak dan enam di Kuala Lumpur,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis (IPD) Sentul.

Mengulas lanjut, Ahmad Sukarno berkata, susulan daripada tangkapan dilakukan, pihak polis turut merampas empat buah telefon bimbit pelbagai jenama, dua pasang pakaian yang dipakai ketika kejadian, dua buah topi keledar, sebuah motosikal serta sebilah pisau.

Kata beliau, kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan sehingga menyebabkan kecederaan.

Mengulas kejadian samun yang dilakukan oleh suspek di Kepong, beliau berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki warga tempatan yang berusia 30 tahun pada pukul 12.09 pagi, 28 Disember lalu.

Menurutnya, mangsa yang ketika itu sedang bertugas di dalam kawasan ruangan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) telah menegur suspek memakai topi keledar ketika memasuki ke lokasi tersebut.

Namun begitu katanya, suspek bertindak mengacukan sebilah pisau ke arah mangsa dan berlaku pergelutan, menyebabkan lelaki itu mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala apabila dihentak dengan hulu pisau.

Tambahnya lagi, suspek kemudiannya bertindak merompak tiga lagi lelaki warga tempatan yang berada di ruangan ATM ketika itu.

“Suspek kemudiannya melarikan diri dengan membonceng sebuah motosikal bersama seorang lagi rakannya yang berada di luar premis bank tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI