fbpx

Lelaki ditahan bakar rumah, rancang menodai ibu mentua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yuranan didapati bersembunyi di sebuah bilik sewa di wilayah Petcahburi. - Petchpoom News

BANGKOK – Polis Thailand menahan seorang lelaki di wilayah Petchaburi kerana disyaki membakar rumah dan menjadi dalang perbuatan memperkosa ibu mentuanya, lapor laman berita Thaiger.

Anggota Balai Polis Kaeng Krachan melancarkan operasi memburu dua suspek iaitu Yuranan Pranprai dan Chaiwat Auambut kelmarin kerana membakar rumah isteri Yuranan, Prapaporn, 36.

Kedua-dua suspek juga dilaporkan memperdaya ibu Prapaporn, Janya Deedan, 56, supaya berkunjung ke rumah lain di mana Chaiwat memperkosanya. Kejadian berlaku pada Selasa lalu.

Polis menahan Yuranan di sebuah bilik sewa di daerah Tha Yang, wilayah Phetchaburi kelmarin. Yuranan mengaku membakar rumah isterinya tetapi menafikan dakwaan merancang kes rogol ibu mentuanya. 

Menurut Yuranan, kes itu berlaku apabila Janya memberitahu polis bahawa Chaiwat adalah seorang pengedar dadah. 

Tindakan itu menyebabkan Chaiwat berang dan meminta berjumpa wanita berkenaan bagi menyelesaikan perkara itu.

Yuranan berkata, dia tidak menyangka Chaiwat akan memperkosa Janya dan hanya mengetahui perkara itu ketika menjemput Janya selepas wanita itu bertemu dengan Chaiwat. 

Apabila tiba di rumah, Janya mendedahkan kejadian rogol itu kepada anaknya, Prapaporn. Wanita itu kemudian menghalau suaminya dari rumah.

Akibat berasa marah dan terabai selepas dihalau, Yuranan pulang ke rumah dan membakar rumah tersebut. Polis kini berusaha mencari Chaiwat. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI