fbpx

Kemenangan ke atas Jordan penting

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SKUAD negara akan membuka tirai kempen Piala Asia menentang Jordan awal pagi Selasa ini. - FB FAM

PERBEZAAN ranking tidak boleh menjadi kayu pengukur untuk menilai kemampuan sesuatu pasukan termasuk aksi pertama Piala Asia 2023 antara Malaysia yang berada di kedudukan ke-130 dunia menentang pasukan No.87 dunia, Jordan.

Sebaliknya, prestasi semasa serta kemampuan pemain pada hari sebenar perlawanan yang bakal menentukan pemenang dan tidak mustahil Harimau Malaya mampu melakukannya apabila membuka kempen Kumpulan E di Stadium Al Janoub awal pagi Selasa ini.

Bekas penyerang yang juga legenda kebangsaan, Safee Sali melaungkan keyakinan anak-anak buah Kim Pan-gon mampu mengukirkan senyuman di wajah para peminat bola sepak tanah air dengan mengutip tiga mata ke atas bekas juara dua kali Sukan Arab itu.

Nada sama turut disuarakan pemain-pemain Harimau Malaya yang kini berbekalkan motivasi dan keyakinan terbaik susulan kejayaan mengikat pasukan No.91 dunia, Syria 2-2 dalam aksi pemanas badan baru-baru ini.

Kemenangan ke atas Jordan akan menyuntik semangat tambahan sebelum mereka berdepan Bahrain dan Korea Selatan dalam dua aksi terakhir Kumpulan E bagi merealisasikan impian melakar sejarah kali pertama melangkah ke pusingan kalah mati.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI