fbpx

Zii Jia sedia galas tanggungjawab di BATC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZII Jia menyatakan kesudian untuk membantu skuad negara menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Selangor bulan depan.

KUALA LUMPUR – Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia menyahut seruan ibu pertiwi apabila mengesahkan bakal menyertai skuad kebangsaan menjelang Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) di Shah Alam, Selangor bulan depan.

Perkara itu diumumkan Pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) menerusi laman media sosial Instagram dan ia dilihat sebagai peluang kedua beraksi di laman sendiri selepas tersingkir di pusingan pertama Terbuka Malaysia semalam.

Team LZJ menjelaskan, Zii Jia berbangga untuk menerima jemputan daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bagi menjadi salah seorang anggota skuad negara pada kejohanan berprestij itu nanti.

“Beraksi di laman sendiri sebagai pemain profesional adalah sesuatu yang sangat luar biasa. Tidak dapat digambarkan dengan kata-kata perasaan mendengar sorakan penyokong tempatan kepada anda sepanjang perlawanan.

“Kejayaan yang kami harapkan pada Terbuka Malaysia kali ini tidak menjadi kenyataan. Sukar untuk mendapat peluang kedua, terutamanya peluang untuk bukan sahaja beraksi di Malaysia, malah bersama pasukan negara adalah sesuatu yang tidak boleh disia-siakan.

“Jadi, kami boleh mengesahkan bahawa Lee Zii Jia dan Team LZJ dengan penuh rasa bangga menerima jemputan Persatuan Badminton Malaysia untuk menyertai BATC yang akan datang,” katanya.

Sebaik mengesahkan persetujuan untuk menyarung jersi kebangsaan bagi mengharungi BATC, pemain No.11 dunia itu mungkin perlu menyusun semula jadual kejohanannya musim ini bagi memastikan tidak timbul sebarang masalah.

“Apabila sihat dan berkemampuan, Lee Zii Jia dan Team LZJ sentiasa menyahut seruan tugasan bersama negara. Apabila tugasan negara diterima, beberapa perubahan dalam program perlu dilakukan termasuk mungkin perlu melupakan Terbuka Jerman.

“Terima kasih kerana masih percaya dengan Lee Zii Jia untuk mewakili Malaysia,” tambahnya.

Sebelum ini, Malaysia melakar sejarah tersendiri apabila muncul juara BATC buat kali pertama pada edisi 2022 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Setia Alam (SACC), Shah Alam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI