fbpx

PM saksi pertukaran MoU Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. RAFIZI (duduk kanan) bersama rakan sejawatnya, Kim Yong menandatangani perjanjian sempena Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MOU) Wilayah Ekonomi Khas Johor (JS-SEZ) sambil disaksikan oleh Anwar (kanan) dan Hsien Loong di Hotel Double Tree, Johor Bahru hari ini.-Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawatnya, Lee Hsien Loong menyaksikan detik bersejarah majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mengusahakan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani oleh Menteri Ekonomi Malaysia (MOE), Mohd. Rafizi Ramli dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Singapura (MTI), Gan Kim Yong.

MOU itu dimeterai selepas hanya dua bulan selepas Pemukiman Pemimpin Singapura-Malaysia ke-10 pada Oktober tahun lalu.

Inisiatif itu mengukuhkan lagi hubungan yang telah lama terjalin dan komitmen bersama kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama ekonomi.

Usaha ke arah perjanjian penuh mengenai JS-SEZ dan perinciannya akan dilakukan pada Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11, yang akan diadakan di negara ini.

Sementara itu, Rafizi berkata, JS-SEZ membentangkan peluang ekonomi yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk meningkatkan aliran rentas sempadan membabitkan manusia dan barangan, memperkukuh ekosistem perniagaan dan meningkatkan daya tarikan ekonomi antara Johor dan Singapura.

“Saya yakin bahawa inisiatif JS-SEZ ini adalah menjadi permulaan transformasi dalam hubungan ekonomi dua hala, memupuk hubungan dan kemakmuran yang tiada tandingan bagi kedua-dua negara,” katanya.

Menurut Kim Yong, JS-SEZ menggariskan apa yang boleh dicapai antara Singapura dan Malaysia apabila kedua negara saling melengkapi dan bekerjasama rapat.

“Ia akan menjadi jambatan bagi kedua-dua negara untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan merebut peluang untuk berkembang bersama. Saya amat menantikan pelaksanaan JS-SEZ ini dan faedah untuk komuniti perniagaan dan rakyat,” katanya.

Selain daripada perjanjian itu, Malaysia dan Singapura juga akan meneroka kerja mengenai beberapa inisiatif yang akan membina ke arah JS-SEZ termasuk pusat perkhidmatan perniagaan/pelaburan sehenti di Johor untuk memudahkan proses permohonan untuk pelbagai kelulusan dan lesen yang diperlukan untuk perniagaan Singapura ditubuhkan di Johor.

Idea penubuhan zon itu dicetuskan oleh Rafizi buat pertama kali selepas pertemuan dengan kerajaan negeri di Iskandar Puteri pada Mei tahun lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI