fbpx

Wan Ahmad Dahlan dilantik KPPA baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Ahmad Dahlan (kanan) ketika menerima surat pelantikan sebagai KPPA daripada Mohd. Zuki. FOTO- Facebook Mohd. Zuki

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Jabatan Perkhidmatan Awam baharu berkuatkuasa esok.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Zuki Ali berkata, pelantikan berkenaan telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Wan Ahmad Dahlan, 58, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera Ilmu Komunikasi (Kepujian) dari Universiti Airlangga, Surabaya, Indonesia dan Ijazah Sarjana Pengajian Strategik dan Pertahanan dari Universiti Malaya.

“Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 29 tahun sejak mula menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Setiausaha di Kementerian Pengangkutan pada 25 Januari 1995,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Zuki , pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas Wan Ahmad Dahlan dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah ICU, Jabatan Perdana Menteri.

“Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, di Istana Negara serta di Jabatan Perkhidmatan Awam.

“Saya yakin dengan pengalaman serta kredibiliti yang dimiliki Wan Ahmad Dahlan, beliau mampu menggalas tanggungjawab yang diamanahkan ini bagi menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi Malaysia Madani.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Seri Dr. Zulkapli Mohamed atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai KPPA. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI