fbpx

[VIDEO] Meremang dengar jeritan dari kubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular di laman TikTok.

PETALING JAYA – Seorang wanita terkejut setelah mendengar satu suara bagaikan jeritan menusia ketika pulang daripada menziarahi kubur ibunya.

Menurut hantaran @najwanaajiah di laman TikTok, suara jeritan yang didengarinya itu bagaikan suara orang meminta tolong.

“Haritu ziarah kubur mak. Masa hendak balik, terdengar bunyi pelik ini. Korang tahu ke bunyi apa?,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tanah Perkuburan Islam Sungai Merab Luar, Kajang.

Meninjau ke ruangan komen, orang ramai tidak menafikan suara yang dirakam tersebut umpama laungan seorang lelaki meminta tolong.

“Saya dan adik pernah juga kena begini, sebelah kubur arwah mak. Kami sedekahkan bacaan Yasin untuk arwah. Alhamdulillah, selepas itu tidak dengar lagi,” kata Leyna Lynn.

“Rumah saya tepi kubur. Biasanya kalau ada kematian baru, mesti boleh dengar sayup-sayup suara seakan-akan macam ini, kadangkala berlarutan sampai 2 hingga 4 hari,” kata Pok.

“Ini memang suara dari kubur. Saya pernah dengar pukul 3 pagi. Rumah nenek saya sebelah kubur. Kadang-kadang ada dengar suara lelaki minta tolong. Meremang dan insaf mendengarnya,” kata Shashaa.

Kini, hantaran tersebut telah menerima 15,200 tanda suka dan 1,466 komen. – KOSMO! ONLINE

@najwanaajiah tak tahu bunyi apa? ada yang tau bunyi apa?? 😥😥😥 #tanahkubur #bunyipelik #2024 ♬ original sound – SPcreative

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI